Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

26.6.12

Jom Bercuti ke Pulau Redang

Assalamualikum & Selamat Petang.
              Hari ini eyna ingin memberitahu anda tempat pelancongan yg paling menarik di  negeri ini iaitu di Terengganu (Pulau Redang).
              Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia.
Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu.Masa terbaik untuk ke Pulau Redang ialah dari bulan April-Oktober.



Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika
dari tikas ( tanda paras air di pantai ) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.


Taman laut Pulau Redang terdiri dari sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga kecil, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil.Dari sembilan buah pulau ini, Pulau Redang ialah pulau yang terbesar.


Taman Laut Pulau Redang bukan sahaja dianugerahkan keindahan alam semulajadi, malah pelbagai kemudahan turut disediakan untuk pengunjung seperti bilik mandi, tandas dan tempat berkelah.




Taman Laut Pulau Rendang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.




Aktiviti snorkel dan selam skuba ialah cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di Pulau Redang.



Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini nerupakan salah satu tempat menyelam yang paling menarik dan menakjubkan. Jarak penglihatan adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. Peralatan untuk aktiviti ini boleh disewa dari kedai berhampiran. 





Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini.



Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang. 

Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan.



Di kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan. 



Maklumat yang disediakan ialah dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.



Penginapan

Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu atau Merang. Sila rujuk di sini. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.












Laguna Redang Resort





















Berjaya Redang Resort










Bagaimana Untuk Ke Pulau Redang



Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.

2 Gugurl/Boboi kongsi pendapat:

ejulz said...

Hadiah menarik;
TEMPAT PERTAMA : Barang Sophie Paris bernilai RM50 dan ke bawah.

TEMPAT KEDUA : Barang Sophie Paris bernilai RM 25 dan ke bawah.

TEMPAT KETIGA : Barang Sophie Paris bernilai RM15 dan ke bawah.


Kalau sudi join segmen pertama ejulz k..
http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/07/segmen-menangi-hadiah-sophie-paris.html

Arham Md Ali said...

Satu hari nanti nak jugak bercuti kat sini, rugi kalau duduk malaysia tapi macam tak kenal negara sendiri kan?

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.